Melaka (Jawi: ملاک) terletak di kawasan selatan Semenanjung Tanah Melayu menghadap Selat Melaka. Negeri ini bersempadankan Negeri Sembilan di bahagian utara dan barat dan Johor di bahagian selatan. Ibu negerinya ialah Bandaraya Melaka, yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008.